MAHKAMAH RAYUAN KEKAL SABITAN KE ATAS NAJIB RAZAK

GAMBAR OLEH – AFP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Keputusan sebulat suara itu dibacakan Hakim Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan.

Panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan tiga pertuduhan terhadap Najib telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri itu.

Ia selepas beliau didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan.

LAGI MENYUSUL. — AlHijrah Online

Leave a Reply