Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU BAPA DISIASAT CUAI BIAR ANAK MAIN TEPI BALKONI TINGKAP – POLIS

DALAM NEGARA

IBU BAPA DISIASAT CUAI BIAR ANAK MAIN TEPI BALKONI TINGKAP – POLIS

Sepasang suami isteri disiasat polis selepas disyaki cuai membiarkan dua anak mereka bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak di sini, semalam.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri disiasat polis selepas disyaki cuai membiarkan dua anak mereka bermain di tepi balkoni tingkap di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Taman Setapak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan sebuah video tular yang memaparkan kejadian tersebut.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian (D11) Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan atas kejadian tersebut.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian ibu bapa mangsa berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak (2001),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Ashari, suspek boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya jika disabit bersalah.

Dalam pada itu, polis menasihati ibu bapa agar tidak meninggalkan anak-anak kecil bersendirian tanpa pengawasan kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai satu kecuaian di bawah Akta Kanak Kanak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading