Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER BAWA ENAM INDIVIDU TERHEMPAS DI CAMERON HIGHLANDS

DALAM NEGARA

HELIKOPTER BAWA ENAM INDIVIDU TERHEMPAS DI CAMERON HIGHLANDS

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter bawa enam individu termasuk juruterbang terhempas di Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani, berdasarkan maklumat awal, helikopter itu sedang dalam penerbangan dari tanah tinggi itu menghala ke Ipoh, Perak.

Pusat gerakan operasi menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 1 petang tadi dan operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan oleh pasukan Bomba Pahang dan Perak.

Difahamkan satu mangsa mengalami kecederaan manakala lima lagi mangsa selamat.

Helikopter itu dilapor membawa seorang doktor dan empat pegawai perubatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading