JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan bayinya berusia dua bulan maut dipercayai dibunuh suaminya, di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 26 tahun dan bayinya ditemui berlumuran darah di hadapan pintu rumah mereka selepas dilapor penduduk setempat.
Ujar Raub, polis berjaya menangkap suspek berusia 24 tahun di kawasan Permas Jaya dan merampas sebilah pisau pemotong daging serta sebuah motosikal berwarna merah.
“Suspek yang ditahan dipercayai dalam keadaan berbogel menunggang motosikal seperti yang ditularkan dalam media sosial.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi proses bedah siasat.
Memetik laporan BERNAMA, bapa mentua lelaki itu yang berumur 58 tahun ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau hanya tahu mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi selepas dihubungi ahli keluarganya, sebelum terus bergegas ke rumah anak ketiganya itu.
Beliau berkata sebaik tiba di lokasi kejadian, beliau melihat anak perempuannya yang berumur 26 tahun terbaring berlumuran darah di pintu hadapan rumah, manakala cucunya dikendong seorang jururawat.
“Saya nampak ada kesan seperti kelaran di leher mereka, kemudian polis tiba beberapa minit kemudian,” katanya dan menambah sebelum kejadian, beliau difahamkan jiran berdekatan mendengar anak dan menantunya bertengkar.
Beliau berkata anaknya telah berkahwin tahun lepas dan majlis persandingan dijadualkan berlangsung pada 24 Julai ini.
“Anak saya kerja separuh masa pembuat kuih-muih, boleh dikatakan setiap hari saya jumpa dan kali terakhir adalah semalam, gelagat dia juga seperti biasa ceria sahaja. Sepanjang dia berkahwin ini tidak ada pula dia kongsi ada masalah (rumah tangga) atau tidak,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager