Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU MAUT, TIGA TERMASUK KANAK-KANAK SESAK NAFAS RUMAH KEDAI TERBAKAR

DALAM NEGARA

IBU MAUT, TIGA TERMASUK KANAK-KANAK SESAK NAFAS RUMAH KEDAI TERBAKAR

Seorang ibu maut, manakala tiga anaknya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sesak nafas selepas rumah kedai yang didiami mereka di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana di sini terbakar, pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Seorang ibu maut, manakala tiga anaknya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sesak nafas selepas rumah kedai yang didiami mereka di Jalan Senyum, Kampung Wadi Hana di sini terbakar, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata mangsa berusia 53 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dan dua lagi mangsa lelaki yang berusia 18 dan 21 tahun turut dirawat di hospital sama.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan tiga buah bangunan rumah kedai dua tingkat jenis separuh kekal yang berkeluasan 24×100 kaki, setiap satu bangunan.

“Bangunan pertama mempunyai sebuah kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar 70 peratus, manakala bangunan kedua pula sebuah kedai dan lima pintu bilik sewa terbakar 90 peratus, serta bangunan ketiga sebuah kedai dan tiga pintu bilik sewa terbakar 65 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Terdahulu, Mohamad Faiz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.53 pagi sebelum 49 anggota dari BBP Larkin, Tebrau, Johor Jaya dan Kempas digegaskan ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.25 pagi,” tambahnya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut merupakan warga asing. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading