Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN HARAMKAN FILEM MENTEGA TERBANG

DALAM NEGARA

KERAJAAN HARAMKAN FILEM MENTEGA TERBANG

Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

PUTRAJAYA: Kerajaan mengharamkan penayangan serta publisiti filem kontroversi, Mentega Terbang di seluruh negara.

Perintah itu dibuat menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002, Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023.

Perintah tersebut turut ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta terbabit.

Warta tersebut merujuk kepada filem Mentega Terbang arahan Khairil Anwar Jailani, terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Sebelum ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem ‘Mentega Terbang’ mempunyai pertentangan jelas dengan akidah serta cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Filem tersebut memaparkan kisah konflik keagamaan yang dialami seorang remaja Islam bernama Aisyah.

Antara babak yang menjadi kontroversi dalam Mentega Terbang adalah ketika Aisyah meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain babak bapa remaja itu yang membenarkannya memeluk agama lain.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading