Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI MEDEVAC: BOMBA TERBANGKAN BAYI ORANG ASLI KE HOSPITAL

DALAM NEGARA

OPERASI MEDEVAC: BOMBA TERBANGKAN BAYI ORANG ASLI KE HOSPITAL

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi perempuan Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Bihai yang mengalami cirit-birit selama tiga hari, bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, Selasa lepas.

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang bayi perempuan Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Bihai yang mengalami cirit-birit selama tiga hari, bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, Selasa lepas.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata operasi selama tiga jam itu menggunakan helikopter jenis Agusta Westland AW139 membawa Sasha Umaira Empot berusia setahun yang mengalami muntah-muntah, kembung perut dan panas badan, bersama ibunya Noriah Amat, 25.

“Operasi dilaksanakan bermula pukul 10.15 pagi dari Pahang ke Pos Bihai … dan tiba di Kampung Tendrik pada 11.53 pagi.

“Pesakit didapati letih dan lesu kerana tidak berselera makan selama dua hari. Pemindahan memakan masa selama enam minit dan pesawat meninggalkan kampung itu pada 11.59 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Muhammad Akmaluddin berkata anak kapal tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada 12.14 tengah hari dan seterusnya menyerahkan pesakit kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang sedia menunggu di balai itu untuk membawa pesakit ke hospital. 

Katanya, operasi penerbangan dilaksanakan lima anak kapal berlepas dari BBP Gua Musang pada 12.17  tengah hari dan berakhir pada 1.15 tengah hari setelah kesemua anak kapal selamat tiba di Pulau Pinang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading