Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU TERLANTAR SAKIT DI MADINAH, ANAK RAYU BANTUAN BAWA PULANG KE MALAYSIA

DALAM NEGARA

IBU TERLANTAR SAKIT DI MADINAH, ANAK RAYU BANTUAN BAWA PULANG KE MALAYSIA

Menurut Zuraini, ibunya jatuh sakit pada 9 Mei di Madinah dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan.

KUALA TERENGGANU: Tiga beradik buntu memikirkan masalah kewangan yang diperlukan untuk membawa pulang ibu mereka yang kini terlantar sakit di sebuah hospital swasta di Madinah.

Zuraini Sapi’n, 32, berkata, ibu mereka, Hasmah Hamid, 62, pergi menunaikan umrah pada 30 April lalu dan sepatutnya pulang pada 12 Mei.

Menurut Zuraini, ibunya jatuh sakit pada 9 Mei di Madinah dan terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan terpaksa ditidurkan.

“Kami menerima surat dari pihak hospital mengatakan emak dijangkiti kuman pada paru-paru, sebelum ini emak pernah menghidap sakit jantung selain dia merupakan warga emas, jadi ambil masa untuk sembuh,” katanya selepas ditemu ramah Berita AlHijrah.

Katanya sepanjang rawatan setakat 6 Julai lalu, bil rawatan yang dikenakan sebanyak RM263,556 (212,000 Riyal) atau bersamaan RM6,216.18 (5,000 Riyal) untuk satu hari di wad.

Setakat ini, sebanyak RM124,323.60 (100,000 Riyal) telah dibayar menggunakan insurans, namun mereka perlu membayar baki RM139,242.43 (112,000 Riyal) lagi sebelum boleh membawa ibunya pulang ke Malaysia.

Tambah Zuraini, usaha yang dilakukan mereka antaranya membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta membuat kutipan dana awam di media sosial.

Jelasnya, permohonan MAIDAM masih dalam proses sementara sumbangan orang awam pula mendapat RM37,000 setakat ini.

“Kalau boleh minta bantuan orang ramai sama-sama kita kumpul dana untuk bawa balik emak saya pulang dan juga kalau bolehlah pihak-pihak atau badan-badan berkaitan sama ada Wisma Putra atau Kedutaan, yang boleh bawa emak saya pulang,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan kepada akaun anak lelaki Hasmah Hamid, Mohd Asdi Awang melalui akaun Maybank 5630-1933-6137 atau hubungi di talian 014-5182657.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading