KERAJAAN JAMIN TIADA KENAIKAN HARGA SECARA MELAMPAU TAHUN INI
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan harga barangan asas terutama yang diberikan subsidi tidak akan naik secara melampau pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika sidang media berkenaan isu harga barang naik di Pasaraya Econsave, Setapak Sentral hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan harga barangan asas terutama yang diberikan subsidi tidak akan naik secara melampau pada tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ini termasuk harga gula dan barang bukan kawalan antaranya minyak masak botol yang sentiasa dipantau kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“KPDN mempunyai tanggungjawab setiap hari untuk memantau harga barangan asas rakyat dan setakat ini, tinjauan KPDN mendapati barang bersubsidi seperti telur, ayam, RON95 dan diesel tidak pernah naik dan tidak mungkin naik.
“Minyak masak peket bersubsidi yang dijual RM2.50 juga tidak naik, begitu juga harga minyak masak botol juga dilihat tiada kenaikan malah ada yang menjualnya lebih rendah daripada harga ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Menurut Salahuddin sehingga kini, KPDN juga tidak menerima sebarang aduan berkaitan kenaikan harga barangan sekali gus menafikan dakwaan daripada beberapa pihak yang menyatakan berlaku kenaikan harga ketika ini.
Salahuddin bagaimanapun meminta orang ramai supaya melaporkan kepada KPDN sekiranya mendapati berlaku kenaikan harga barangan asas di mana-mana pasar raya mahupun kedai runcit.
“Terus laporkan dengan segera kepada KPDN dan kita akan ambil tindakan serta-merta,” katanya dan menambah rakyat jangan mudah terpengaruh dengan serangan pihak pembangkang terhadap kerajaan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan bulan depan.
Mengulas laporan media mengenai harga barang dijangka naik 20 peratus pada Oktober ini, Salahuddin berkata KPDN mengambil maklum perkara itu dan pihaknya akan terus melaksanakan tugas untuk memantau harga barang terutama keperluan asas.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.