IDRIS DAN DELEGASI MALAYSIA KE ARAB SAUDI BINCANG URUSAN HAJI

Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dan delegasi kerajaan Malaysia berlepas ke Arab Saudi semalam bagi urusan rasmi termasuk membincangkan berkenaan ibadah haji.

Idris dalam satu hantaran video di Facebooknya memaklumkan beliau dijadual bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

“Doakan semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dan memberikan kuota yang baik untuk rakyat Malaysia menunaikan ibadah haji khususnya jemaah yang tidak dapat menunaikan haji sejak dari 2020,” katanya.

Selain kuota haji, kunjungan Idris juga dijangka akan membincangkan prosedur operasi standard (SOP) dan perkara berkaitan urusan haji.

Susulan penularan wabak COVID-19, jemaah dari Malaysia tidak dapat menunaikan ibadah haji bermula tahun 2020. – AlHijrah Online

Leave a Reply