Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMBAYARAN FASA 1 BKM BERMULA 28 MAC

DALAM NEGARA

PEMBAYARAN FASA 1 BKM BERMULA 28 MAC

Setiap penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang memanfaatkan 8.6 juta penerima akan disalur secara berperingkat, bermula 28 Mac 2022 (Isnin).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setiap penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Ujarnya pembayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun bank bermula 28 Mac hingga 8 April, manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dilakukan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 30 Mac depan.

Jelas Ismail Sabri, pembayaran BKM itu juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H.

Sementara itu katanya tempoh permohonan rayuan bagi pemohon BKM yang tidak diluluskan akan dibuka bermula 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.

Ia bagi mempertimbangkan semula permohonan dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading