IMIGRESEN KESAN PUSAT JUDI DALAM TALIAN DI PANGSAPURI, 496 PATI DITAHAN
Tiga unit kediaman yang disangka tidak berpenghuni di sebuah pangsapuri empat tingkat di Pusat Bandar Putra Permai di sini, rupa-rupanya dijadikan pusat operasi judi dalam talian yang dipercayai didalangi warga tempatan.
SERDANG: Tiga unit kediaman yang disangka tidak berpenghuni di sebuah pangsapuri empat tingkat di Pusat Bandar Putra Permai di sini, rupa-rupanya dijadikan pusat operasi judi dalam talian yang dipercayai didalangi warga tempatan.
Kegiatan itu terbongkar hasil operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pasukan Gerakan Am, malam tadi.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga unit kediaman yang dijadikan pusat judi itu didaftarkan atas nama tiga individu warga tempatan, berdasarkan rekod bil utiliti yang diperoleh.
“Ketika anggota menemui unit kediaman itu, premis telah kosong dipercayai mereka melarikan diri dan hanya tinggal beberapa ‘tablet’, monitor, kerusi dan meja. Kita menyerahkan kes berkaitan penemuan pusat judi itu kepada MBSJ untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media selepas operasi itu di sini.
Beliau berkata ketiga-tiga unit kediaman itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakkan di luar dan kegiatan mereka ini menyasarkan pelanggan dalam kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang menetap di pangsapuri berkenaan.
Jafri Embok berkata operasi yang bermula 10 malam dan berakhir 1 pagi itu turut memeriksa 741 warga asing yang tinggal di pangsapuri tersebut dan daripada jumlah itu, 496 merupakan PATI yang kemudiannya dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
“Antara kesalahan yang disyaki pelanggaran di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.
Beliau berkata operasi bersepadu itu akan terus digerakkan dari semasa ke semasa dan orang ramai diingatkan supaya tidak menggaji, melindungi atau menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah di premis mereka.
Sementara itu, Jafri Embok memaklumkan Jabatan Imigresen kini melaksanakan Program Repatriasi Migran (PRM) 2.0, bermula 19 Mei lepas hingga 30 April 2026.
Menerusi program ini, pendatang tanpa izin dibenarkan pulang ke negara asal masing-masing dengan hanya membayar kompaun RM500 dan pas khas bernilai RM20.
“Secara keseluruhan, bayaran hanya RM520 dikenakan. Di Selangor, terdapat empat lokasi bagi pelaksanaan PRM iaitu di Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked