Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROGRAM MOTIVASI RUMAH TANGGA: PASANGAN SUAMI ISTERI, EMPAT INDIVIDU DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

PROGRAM MOTIVASI RUMAH TANGGA: PASANGAN SUAMI ISTERI, EMPAT INDIVIDU DIREMAN TIGA HARI

Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga antara enam individu yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penganjuran program motivasi dengan pengisian tidak bermoral.

Perintah reman terhadap semua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Shah Alam hari ini.

Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga antara enam individu yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penganjuran program motivasi dengan pengisian tidak bermoral.

Perintah reman terhadap semua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di sini hari ini.

Kesemua individu berusia 26 hingga 47 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Semalam, Ketua Polis Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pasangan pengasas itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili pasangan itu turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 14 Julai lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil semua peserta yang menghadiri program motivasi rumah tangga itu bagi membantu siasatanselepas menerima laporan kandungan program didakwa menyimpang daripada norma masyarakat.

Hussein berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil selepas siasatan awal membuka kertas enkuiri polis (KEP).–AlHijrahOnline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading