E-HATI: POLIS SAHKAN ADA AKTIVITI BOGEL SEMASA PROGRAM MOTIVASI
Polis mengesahkan wujud aktiviti kelucahan melibatkan perlakuan bogel oleh peserta dalam sebuah program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, pada tahun lepas.
SHAH ALAM: Polis mengesahkan wujud aktiviti kelucahan melibatkan perlakuan bogel oleh peserta dalam sebuah program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini, pada tahun lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan siasatan pihaknya, terdapat empat individu melakukan adegan itu sebagai sebahagian daripada acara yang dipanggil ‘Queens Night’.
Beliau berkata menerusi “Program Motivasi Mencari Kebahagian Kembali” itu, penganjur menyediakan dua pakej iaitu A dan B untuk dipilih peserta dengan dikenakan kadar harga dan pengisian acara berbeza.
“Pakej B sedikit mahal sebab ada acara Queens Night, dan dalam pakej inilah berlaku aktiviti lucah melibatkan empat individu yang melakukan satu adegan dipanggil ‘rebirth’ untuk menaikkan motivasi.
“Pakej B ini hanya melibatkan peserta wanita dan siasatan mendapati acara itu disertai 50 peserta daripada pelbagai latar belakang pekerjaan serta bangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata bagi Pakej A, peserta dikenakan bayaran sebanyak RM6,000 dan Pakej B yang mengandungi acara Queens Night berharga RM9,000.
Beliau berkata setakat ini enam individu telah direman termasuk pasangan suami isteri pengasas syarikat motivasi tersebut, manakala 30 individu melibatkan penganjur, fasilitator serta peserta yang hadir pada program itu dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
“Dalam kes ini, 50 orang dikenal pasti terlibat dan kita ada senarai mereka. Jadi, saya minta peserta lain tampil bantu siasatan kerana jika tidak, tindakan tangkapan boleh diambil,” katanya.
Beliau berkata polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan dalam acara itu dan cecair yang dicampur di dalam minuman yang diberikan kepada peserta serta sedang menunggu keputusan ujian Jabatan Kimia sama ada mengandungi campuran dadah atau bahan lain.
Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kelucahan di khalayak ramai dan Seksyen 509 kanun sama serta Seksyen 14 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Hussein turut mengesahkan program motivasi itu bukan berkonsepkan Islam kerana disertai peserta daripada pelbagai agama.
“Kita percaya program ini dibuat secara bermusim dan ia melibatkan penyertaan individu daripada pelbagai latar agama dan kaum, jadi ia bukanlah program berkonsepkan Islam,” katanya dan menambah polis belum menemukan sebarang rakaman video atau gambar program terbabit setakat ini.
Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan semua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 47 tahun itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pasangan pengasas itu ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked