KELANTAN PERKUKUH, TAMBAH BAIK ENAKMEN SYARIAH BENDUNG LGBT DAN MAKSIAT
Kerajaan Kelantan menegaskan komitmen untuk memperkukuh, menambah baik dan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) EKJS Kelantan 2019 bagi memastikan ia lebih berkesan dalam membendung amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan gejala maksiat.
Sumber Gambar: Facebook Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menegaskan komitmen untuk memperkukuh, menambah baik dan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) EKJS Kelantan 2019 bagi memastikan ia lebih berkesan dalam membendung amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan gejala maksiat.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata walaupun enakmen berkenaan pernah menghadapi cabaran perundangan, kerajaan negeri bertekad meneruskan usaha penambahbaikan supaya perlaksanaan undang-undang syariah dapat diperkasa.
“Dalam usaha membendung kemungkaran, kerajaan negeri telah menggubal dan menguatkuasakan EKJS Kelantan 2019 sebagai instrumen perundangan untuk menangani kesalahan syariah, termasuk perlakuan liwat, musahaqah dan perbuatan tidak bermoral lain yang mencemarkan kesucian hidup beragama.
“Kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf sebarang bentuk budaya songsang yang bertentangan dengan Islam kerana amalan LGBT adalah satu kemungkaran nyata yang mencabar fitrah, merosakkan akhlak dan menggugat keharmonian sosial,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata Kelantan tidak akan menjadi tempat normalisasi maksiat yang jelas diharamkan oleh Allah SWT.
Dalam usaha memperkukuh tindakan pencegahan dan penguatkuasaan, kerajaan negeri turut menubuhkan Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial dan Maksiat yang disertai Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri, Yayasan Islam Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Antidadah Kebangsaan serta beberapa agensi lain.
“Jawatankuasa ini berperanan menyelaras pendekatan menyeluruh, dan antara agensi dalam menangani keruntuhan moral serta tingkah laku menyimpang yang semakin berani menzahirkan diri dalam masyarakat,” katanya.
Berikutan itu, Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri turut melaksanakan Program Budaya Komuniti Rabbani bagi memperkukuh kefahaman Islam, menyantuni komuniti berisiko serta membina daya tahan masyarakat terhadap gejala sosial yang menular.
Beliau turut menyeru Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia agar mengambil langkah tegas menyekat akses kepada platform digital yang menyuburkan budaya maksiat dan penyimpangan seksual.
“Ruang digital tidak wajar dibiarkan menjadi medan tanpa kawalan yang merosakkan pemikiran dan akhlak masyarakat, khususnya golongan muda,” katanya.
Mohamed Fadzli menegaskan kerajaan negeri akan terus teguh memelihara kesucian Islam dan kesejahteraan rakyat serta tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang cuba membuka jalan kepada kebebasan tanpa batas yang akhirnya mengundang kehancuran moral.
Terdahulu, polis Kelantan mengesahkan menyerbu satu program berkaitan LGBT melibatkan lebih 20 lelaki tempatan di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin di sini pada pertengahan Jun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilapor berkata operasi berkenaan dijalankan hasil maklumat awam dan risikan pasukan khas selepas menerima aduan mengenai penganjuran pesta makan-makan yang dipercayai dikhaskan untuk golongan gay.
Berikutan itu, hasil pemeriksaan di lokasi turut menemukan ratusan keping kondom dan beberapa kotak ubat HIV di dalam sebuah bilik khas yang dipercayai dijadikan tempat simpanan oleh penganjur.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests