Connect with us

ALHIJRAH NEWS

INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI DIBENAR SOLAT DI MASJID DAN SURAU

DALAM NEGARA

INDIVIDU LENGKAP VAKSINASI DIBENAR SOLAT DI MASJID DAN SURAU

KUALA LUMPUR: Individu yang telah lengkap vaksinasi dibenar untuk menunaikan solat di masjid dan surau.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya amat memahami permintaan saudara dan saudari untuk kembali menunaikan solat di masjid dan surau.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju supaya aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya dalam perutusan khas berkaitan kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Ujarnya pihak masjid dan surau perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.

Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat perlu menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat

“Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam,” katanya.

Jelas Muhyiddin seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac).

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke28 dari tarikh suntikan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading