“INI BUKAN TENTANG KAMI, INI TENTANG GENOSID RAKYAT GAZA” – GRETA THUNBERG
Aktivis Sweden, Greta Thunberg tampil bersuara buat kali pertama pada Isnin selepas dibebaskan daripada tahanan Israel, ketika beliau dilaporkan dipukul dan dipaksa mencium bendera Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
LONDON/ISTANBUL: Aktivis Sweden, Greta Thunberg tampil bersuara buat kali pertama pada Isnin selepas dibebaskan daripada tahanan Israel, ketika beliau dilaporkan dipukul dan dipaksa mencium bendera Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Thunberg merupakan antara 171 aktivis yang diusir Israel selepas ditahan kerana menyertai flotila bantuan menuju ke Gaza.
Kumpulan itu kemudiannya berlepas ke Greece dan Slovakia selepas dibebaskan.
Ketibaan Thunberg bersama aktivis lain di Greece disambut dengan sorakan oleh penyokong yang menanti mereka selepas melalui pengalaman pahit dalam tahanan.
Berucap di Lapangan Terbang Antarabangsa Eleftherios Venizelos di Athens, Thunberg menegaskan bahawa pengalamannya bukan perkara utama untuk dibicarakan.
“Saya boleh bercerita panjang lebar tentang layanan buruk dan penyeksaan yang kami alami ketika dalam tahanan, percayalah. Tetapi itu bukan kisah sebenar.
“Saya ingin jelaskan satu perkara: sedang berlaku satu pembunuhan beramai-ramai di depan mata kita — satu genosid yang disiarkan secara langsung.
“Tiada siapa yang berhak berkata mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Tiada sesiapa di masa hadapan yang boleh mengatakan kita tidak tahu,” kata Thunberg.
Beliau menuduh Israel terus memperhebat “genosid dan kemusnahan besar-besaran dengan niat menghapuskan seluruh populasi dan sebuah bangsa di depan mata dunia.”
“Kita tidak boleh mengalihkan pandangan daripada Gaza dan juga tempat-tempat lain di dunia yang sedang menderita akibat sistem penindasan yang berterusan seperti di Congo, Sudan, Afghanistan, dan banyak lagi.
“Apa yang kita lakukan kini hanyalah usaha minimum.
“Saya tidak mampu memahami bagaimana manusia boleh menjadi sebegitu jahat.
“Sanggup membiarkan jutaan manusia kebuluran di bawah sekatan haram, sebagai kesinambungan penindasan dan dasar aparteid selama puluhan tahun,” katanya.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya, Thunberg berkata Global Sumud Flotilla merupakan manifestasi “solidariti antarabangsa terhadap rakyat Palestin.”
Beliau menegaskan bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Negara-negara di dunia mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk menamatkan keterlibatan mereka dalam genosid — sesuatu yang kini turut disahkan oleh Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” kata Thunberg sambil menegaskan bahawa Israel tidak boleh dikecualikan daripada pertanggungjawaban terhadap jenayah itu.
Global Sumud Flotilla yang berlayar untuk memecahkan sekatan Israel dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza menghampiri perairan wilayah itu pada 1 Okt lalu sebelum diserang tentera Israel.
Tentera rejim bertindak merampas puluhan kapal dan menahan ratusan penumpang dalam operasi yang disifatkan sebagai pencerobohan tidak sah.
Flotila berkenaan merupakan misi terbesar pernah dilancarkan secara kolektif bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests