Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HIDANG ARAK DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN JEJAS IMEJ ISLAM DAN MARUAH NEGARA – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

HIDANG ARAK DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN JEJAS IMEJ ISLAM DAN MARUAH NEGARA – MOHD NA’IM

Tindakan menghidang minuman keras atau arak dalam majlis rasmi kerajaan mencalarkan maruah Islam dan identiti negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti umat Islam demi memelihara keharmonian serta perpaduan nasional.

Sumber: ARKIB

PUTRAJAYA: Tindakan menghidang minuman keras atau arak dalam majlis rasmi kerajaan mencalarkan maruah Islam dan identiti negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan, mematuhi hukum syarak dan menjaga sensitiviti umat Islam demi memelihara keharmonian serta perpaduan nasional.

“Perbuatan menghidang atau menonjolkan minumam berasaskan arak dalam majlis rasmi kerajaan jelas bertentangan dengan hukum syarak, moral dan undang-undang negara.

“Islam bukan sahaja mengharamkan pengambilan arak, tetapi juga segala bentuk kerjasama dan penglibatan dengannya,” tambahnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Tambahnya dalam konteks Malaysia sebagai negara Islam dan Hab Halal Dunia, tindakan sebegini hanya mencemarkan imej negara serta menimbulkan kegusaran rakyat.

Terdahulu timbul dakwaan terdapat minuman beralkohol yang dihidangkan dalam satu majlis Global Travel Meet 2025 (GTM 2025) dan menyebabkan tetamu beragama Islam meninggalkan program berkenaan lebih awal.

Dalam satu kenyataan balas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan bahawa penganjuran majlis itu merupakan iniatif daripada pemain industri dan sektor swasta.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil juga menegaskan bahawa penyediaan minuman berasaskan arak dalam majlis rasmi kerajaan bertentangan dengan roh perlembagaan serta menyinggung sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading