INSIDEN PESAWAT TUDM: ANAK KAPAL BERJAYA LAKSANA PROSEDUR KECEMASAN SEBELUM TERHEMPAS
Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.
KUANTAN: Juruterbang dan Jurusensor Senjata pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar (eject) sebelum pesawat itu terhempas.
Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, mengalami kecederaan di bahagian belakang serta melecur (satu peratus) di tumit kiri, manakala Jurusensor Senjata Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, hanya mengalami lebam di beberapa bahagian badan.
Beliau berkata kedua-dua mereka yang sebelum ini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini telah dibenarkan keluar pada pukul 2 pagi tadi dan kini berehat di Rumah Sakit Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Saya sendiri turun ke lokasi kejadian pagi ini untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung insiden tersebut dan turut melawat dua pegawai berkenaan bagi menzahirkan sokongan moral kepada mereka,” katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara di sini hari ini.
Beliau berkata kemalangan itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.
Sementara itu, Muhammad Norazalan berkata Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) ditutup bagi melaksanakan operasi ‘Mega Sweep’ untuk membersihkan kawasan sekitar insiden berkenaan.
“Pagi tadi kita telah mulakan Mega Sweep, iaitu kita tempatkan anggota di seluruh kawasan untuk melalui dan meneliti setiap inci landasan. Jika ada bahan asing, kita akan kutip bagi memastikan kawasan benar-benar bersih,” katanya.
Beliau berkata hasil daripada operasi itu, pihaknya akan mengesahkan status keselamatan landasan berkenaan untuk kembali beroperasi pada tengah hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa TUDM telah menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
“Pasukan penyiasat akan memulakan tugas hari ini dan memberikan laporan awal secepat mungkin… secara kebiasaannya, laporan penuh dapat disiapkan dalam tempoh tidak lebih 14 hari,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan akan meneliti pelbagai aspek berdasarkan rakaman video yang tular, termasuk kemungkinan serangan burung, kewujudan objek asing di landasan), atau kegagalan enjin pesawat.
“Pesawat ini dilengkapi sistem pengumpul data seumpama black box. Data itu akan dipaparkan semula bagi mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.
Selain itu, katanya, semua pesawat F/A-18D Hornet digantung daripada melakukan penerbangan sehingga siasatan selesai dan punca kejadian dikenal pasti.
Pesawat yang terlibat dalam insiden itu daripada No 18 Skuadron berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth, namun ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan sebagai detasmen sementara susulan kerja-kerja naik taraf landasan di pangkalan asalnya.
Semalam, media melaporkan sebuah pesawat tempur F/A-18D Hornet milik TUDM terlibat dalam insiden kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (Pangkalan Udara Kuantan) pada 9.05 malam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.