Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERUAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH UNTUK GAZA SELEPAS SOLAT JUMAAT

DALAM NEGARA

SERUAN SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH UNTUK GAZA SELEPAS SOLAT JUMAAT

Seluruh masjid dan surau dibawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah secara serentak selepas solat Jumaat pada hari ini.

Sumber: ARKIB

PUTRAJAYA: Seluruh masjid dan surau dibawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah secara serentak selepas solat Jumaat pada hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata seruan tersebut sebagai satu manifestasi doa dan solidariti umat Islam di Malaysia terhadap rakyat Gaza yang sedang mengalami krisis kemanusiaan paling parah.

Ia termasuk isu kebuluran yang semakin memuncak, kelumpuhan hospital dan peningkatan angka korban terutamanya kanak-kanak serta wanita.

“Kita tidak boleh berdiam diri ketika nyawa yang tidak berdosa terus diragut. Doa adalah senjata orang mukmin tetapi doa mesti diiringi dengan kesedaran dan tindakan bersama.

“Marilah kita bersama-sama mengangkat doa dengan penuh pengharapan agar Allah SWT mengurniakan keselamatan, kekuatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin, serta menghentikan kezaliman regim zionis,” katanya.

Selain itu seruan tersebut juga dibuat sempena Himpunan Malaysiaku Bersama Gaza pada 24 Ogos ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading