INSIDEN TENGKING PEGAWAI KANAN POLIS TERHADAP ANGGOTA BAWAHAN TULAR

Kredit: Media Sosial

GOMBAK: “Kau setakat lans koperal, kau tak layak, kau jadi pegawai dulu…pangkat dahlah rendah!”

Itulah kata-kata kasar yang dilemparkan seorang wanita dipercayai pegawai kanan polis kepada seorang rakan sepasukannya.

Dua video berkait insiden itu masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat tular di media sosial semalam dan menerima pelbagai reaksi kurang senang daripada rakyat Malaysia.

Dalam video tular itu kelihatan seorang wanita tempatan mencemuh seorang anggota polis berpangkat lans koperal sambil seorang lagi anggota cuba menenangkan situasi yang berlaku.

Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian turut menyaksikan tindakan anggota berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah medan selera di sekitar Taman Seri Gombak, ketika dua anggota polis dipercayai sedang membuat rondaan.–AlHijrah Online

Leave a Reply