Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAJI: TH LANCAR TABUNG NIKMATUL KHAIR

DALAM NEGARA

HAJI: TH LANCAR TABUNG NIKMATUL KHAIR

Tabung Haji (TH) melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk membolehkan petugas haji musim 1444 Hijrah menyalurkan sumbangan kepada jemaah haji Malaysia.

MAKKAH: Tabung Haji (TH) melancarkan Tabung Nikmatul Khair (nikmat kebaikan) untuk membolehkan petugas haji musim 1444 Hijrah menyalurkan sumbangan kepada jemaah haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata inisiatif itu bagi memberi peluang kepada petugas melakukan infak sebagai tanda kesyukuran kerana dapat hadir ke Tanah Suci bersama jemaah haji negara.

“Kita nak bagi balik apa yang dah kita terima dari segi peluang datang ke sini, kita ada sedikit bayaran elaun. Rezeki yang kita dapat ini nak kongsi bersama, insya-Allah berlipat kali ganda pahala,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan petugas dan pelancaran tabung berkenaan di sini.

Beliau berkata pihaknya bercadang mengagihkan sarapan pagi kepada jemaah haji negara seperti dilakukan tahun lepas, atau membantu mereka yang memerlukan dari segi membayar upah melontar di Jamrah di Mina, bergantung kepada hasil kutipan tabung berkenaan.

Katanya, inisiatif itu dimulakan pada 2018 dengan agihan makanan kepada jemaah luar negara dibuat untuk dua tahun berturut-turut, hasil sumbangan wang tunai yang dikumpul.

Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Syed Saleh berkata berdasarkan program ziarahnya ke penginapan jemaah haji, rata-rata mereka berpuas hati dengan perjalanan haji setakat ini, sekali gus mencerminkan perancangan yang teratur TH dan komitmen 670 petugas haji kali ini.

“Kita impikan tahun ini menjadi tahun terbaik perkhidmatan kepada jemaah haji yang pernah kita berikan berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading