Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSTITUSI TAHFIZ DIBENAR BEROPERASI

DALAM NEGARA

INSTITUSI TAHFIZ DIBENAR BEROPERASI

KUALA LUMPUR: Institusi tahfiz berdaftar telah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk kembali beroperasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, tarikh pembukaan semula institusi tahfiz adalah berdasarkan kepada tarikh sekolah dibuka.

“Hari ini Menteri Hal Ehwal Agama (Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) telah memohon sekolah tahfiz untuk dibuka.

“Mesyuarat khas bersetuju sekolah dan madrasah tahfiz beroperasi cuma tarikh berdasarkan sekolah dibuka,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Ismail Sabri berkata beliau percaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat pengumuman pembukaan semula sekolah untuk pelajar selain daripada pelajar tingkatan lima dan enam.

Sementara itu Ismail Sabri menegaskan hanya institusi tahfiz berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Tahfiz yang ada asrama perlu ikut SOP asrama yang ditetapkan. Sekolah atau madrasah tahfiz tidak perlu membangunkan SOP sendiri hanya perlu merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KPM.

“Bagi sekolah tahfiz yang tidak berdaftar kita benarkan mereka untuk beroperasi tetapi perlu membuat permohonan terlebih dahulu daripada pihak berkuasa agama negeri,” kata Ismail Sabri. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading