Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SOLAT JUMAAT DI PERKARANGAN MASJID DIBENARKAN

DALAM NEGARA

SOLAT JUMAAT DI PERKARANGAN MASJID DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memberi kebenaran untuk solat Jumaat diadakan di perkarangan masjid atau surau Jumaat sekiranya jumlah jemaah telah mencapai had maksima 1/3 masjid atau surau.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jemaah yang dibenarkan solat di perkarangan masjid atau surau perlu kekal menjaga penjarakan sosial.

“Kita setuju selain daripada 1/3 dalam masjid kita benarkan bersembahyang di perkarangan masjid dengan syarat ada penjarakan sosial.

“Di luar bukan kawasan tertutup kita benar mereka menambah jumlah di luar masjid tetapi syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) masih sama,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Sementara itu Ismail Sabri berkata masih tiada sebarang keputusan berhubung candangan solat Jumaat secara dua sesi.

Ismail Sabri berkata jika ada perkembangan terbaharu berhubung kebenaran solat Jumaat dua sesi ia akan diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading