Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM UCAP TAHNIAH LIVERPOOL

DALAM NEGARA

PM UCAP TAHNIAH LIVERPOOL

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Liverpool selepas pasukan tersebut dinobatkan juara liga bagi musim ini.

Dalam ciapan di Twitter rasminya, Muhyiddin turut menyampaikan ucapan tahniah kepada peminat Liverpool di negara ini.

“Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” katanya.

Ucapan Muhyiddin tersebut memberi keterujaan kepada peminat Liverpool di negara ini.

“Mantap Tan Sri, #YNWA,” balas salah seorang pengikut Twitter Muhyiddin.

Liverpool dinobatkan juara Liga Perdana Inggeris selepas penghuni tangga kedua Manchester City ditewaskan pasukan Chelsea awal pagi tadi.

Ini merupakan kejuaraan kali ke 19 Liverpool setelah kali terakhir menjuarai pertandingan tersebut kira-kira 30 tahun lalu. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading