Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Iran kawal sepenuhnya Teluk Parsi

DUNIA

Iran kawal sepenuhnya Teluk Parsi

Tentera laut Iran berdiri di atas kapal selam Ghadir-942 berhampiran pelabuhan Bandar Abbas di Selat Hormuz.

TEHERAN – Seorang komander kanan Iran berkata, Teluk Parsi dikawal sepenuhnya oleh Iran dan seberang pergerakkan tentera asing di kawasan perairan strategik itu perlu mendapatkan kebenaran Teheran.

Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Komander Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Ali Fadavi di tengah ketegangan meningkat dengan Amerika Syarikat (AS).

“Selama bertahun-tahun, pasukan kami telah mengawal sepenuhnya Teluk Parsi. Mereka (AS) perlu mendapat izin daripada kami untuk sebarang pergerakkan di kawasan itu.

“Malah, seluruh utara Selat Hormuz berada di bawah kawalan Iran,” tegasnya, merujuk kepada. laluan penting kapal minyak yang menghubungkan Teluk Parsi ke Laut Oman.

Fadavi menambah, mana-mana krew kapal perang yang berhasrat mendekati perairan itu perlu mengetahui bahasa Parsi dan dimestikan mempunyai seorang penterjemah.

Sinar Harian yang memetik laporan agensi berita menyebutkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) minggu ini menimbang permohonan untuk menghantar kira-kira 5,000 anggota tentera tambahan ke Asia Barat.

Bulan ini, kedua-dua negara meningkatkan retorik antara satu sama lain, susulan keputusan Presiden Donald Trump untuk cuba memutuskan eksport minyak Teheran kepada sifar dan menambah kehadiran tentera negara itu di Teluk sebagai maklum balas apa yang disifatkan ancaman Iran.

Ahad lalu Presiden Donald Trump memberi amaran bahawa Teheran akan menemui pengakhiran jika berterusan mengancam Washington.

Sehari selepas itu, Menteri Luar Iran, Javad Zarif mengecam kenyataan itu sebagai ugutan bunuh dan menggesa AS untuk menghormati negara Islam berkenaan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading