Connect with us

ALHIJRAH NEWS

IRENE SOFIYA: BEDAH SIASAT SAHKAN KEMATIAN AKIBAT TRAUMA TUMPUL DI KEPALA

DALAM NEGARA

IRENE SOFIYA: BEDAH SIASAT SAHKAN KEMATIAN AKIBAT TRAUMA TUMPUL DI KEPALA

Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada Sabtu lepas mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada Sabtu lepas mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata bedah siasat dijalankan semalam oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah ditangkap pada 3 Okt dan permohonan reman dibenarkan oleh Majistret selama enam hari hingga 9 Okt bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dan pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes itu.

Beliau memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up atau melindungi mana-mana pihak.

“Kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau memberi sebarang komen yang boleh mengganggu proses siasatan atau memanipulasi fakta dengan tujuan menyebabkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Sabtu lepas, Irene Sofiya  ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah terbabit pada kira-kira 5.50 petang.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Suspek ditahan di sekitar Yong Peng kira-kira 7 malam pada hari yang sama. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

News Editor / Anchor

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading