KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular era 1980-an, Muhammad Latiff Ismail atau Isma Aliff, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang, pagi tadi.
Berita tersebut disahkan oleh ahli keluarganya yang memaklumkan bahawa Allahyarham, 62, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8:30 pagi.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, selepas solat Asar hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham pernah dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 selepas mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru hingga ditidurkan kerana kritikal.—AlHijrah Online