ISRAEL BEBAS 110 TAHANAN DALAM PERTUKARAN TAWANAN KUMPULAN KETIGA
Pertukaran terbaru ini melibatkan 110 banduan Palestin, termasuk 32 banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 30 remaja serta 48 lagi dengan hukuman yang berbeza-beza.
RAMALLAH: Perkhidmatan Penjara Israel membebaskan 110 banduan semalam sebagai balasan pertukaran tahanan kumpulan ketiga di bawah perjanjian gencatan senjata.
Dua bas yang membawa tahanan Palestin itu tiba di Ramallah dan disambut ratusan rakyat Palestin.
Pertukaran terbaru ini melibatkan 110 banduan Palestin, termasuk 32 banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hidup, 30 remaja serta 48 lagi dengan hukuman yang berbeza-beza.
29 banduan Palestin yang dibebaskan tiba di Gaza dan dibawa oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) melalui Pintu Masuk Kerem Shalom di timur Rafah, selatan Gaza.
Mereka kemudian dibawa ke Hospital Eropah Gaza di Khan Younis, selatan Gaza, untuk pemeriksaan perubatan.
Sembilan daripada banduan yang dibebaskan berasal dari Gaza, manakala 20 lagi yang berasal dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis dipindahkan ke Gaza.
Rakaman dari Khan Younis menunjukkan orang ramai berhimpun dan bersorak ketika menyambut kepulangan tahanan.
Suasana bertukar sayu apabila tahanan akhirnya dapat bersatu kembali dengan keluarga masing-masing setelah sekian lama menahan rindu.
Sementara itu, tiga tahanan Israel yang dibebaskan dikenali sebagai Agam Berger, Arbel Yehud dan Gadi Mozes.
Pertukaran tahanan turut dijadualkan esok, melibatkan pembebasan empat tentera wanita Israel dari Gaza, dan Israel akan membebaskan seorang warga Jordan dan 199 rakyat Palestin dari penjaranya.
Pertukaran pertama diadakan pada hari pertama perjanjian gencatan senjata, melibatkan tiga wanita awam Israel sebagai pertukaran kepada 90 tahanan Palestin, kesemuanya dari Tebing Barat.
Fasa pertama perjanjian yang dibahagikan kepada tiga peringkat selama 42 hari setiap satu ini memperuntukkan pembebasan beransur-ansur 33 rakyat Israel, sama ada yang masih hidup atau mati sebagai pertukaran bagi 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin dan Arab.
Serangan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan lebih 11,000 orang hilang dengan kemusnahan besar serta krisis kemanusiaan yang mengorbankan ramai warga emas dan kanak-kanak dalam satu daripada bencana kemanusiaan global paling buruk.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked