PM ANWAR TEMPELAK PIHAK PERTIKAI USAHA KERAJAAN BANTU BANGUNKAN GAZA
Perdana Menteri berkata tindakan menentang usaha membangunkan Gaza itu tidak selaras dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya sentiasa menghulurkan bantuan terutama kepada saudara seagama mengikut keupayaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di perkarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru hari ini. — fotoBERNAMA
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak tertentu yang mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu membangunkan semula Gaza.
Beliau berkata tindakan menentang usaha membangunkan Gaza itu tidak selaras dengan ajaran Islam yang menuntut umatnya sentiasa menghulurkan bantuan terutama kepada saudara seagama mengikut keupayaan.
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
“Satu pihak ini dia kata main-main. Ini (bantuan kepada Gaza) jumlah dia ratus juta. Ada pula golongan yang kononnya cerdik, pemimpin-pemimpin lama dahulu, ada satu orang kata ini sekolah kita pun tak selesai, nak tolong orang lain.
“Ini perasaan hati manusia yang bagaimana ini? Kita tolong orang kampung lain, orang boleh kata kampung kamu pun belum selesai, tetapi dalam Islam dia tidak pernah fikir begitu…kesengsaraan yang dihadapi oleh umat Islam, Gaza, Palestin, Arab ini jarang berlaku,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Perdana Menteri berkata sejak Perang Dunia Kedua hingga kini, insiden di Gaza merupakan malapetaka yang paling dahsyat menimpa umat Islam dan manusia, apabila Palestin hancur lebur dan terus dihina tanpa diberikan sebarang pengiktirafan.
“Anak kecil, wanita, sekolah, habis dimusnahkan dan apabila kita nak tolong sedikit, apa jawapan mereka? Nak selesaikan masalah (dalam negara).
“Saudara, sampai kiamat pun masalah-masalah dalam negara tidak mungkin selesai, ada sahaja yang kurang di mana-mana, tetapi kita lakukan sedikit,” kata beliau.
Semalam, media melaporkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza.
Sebelum ini, Anwar berkata Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked