9 NEGARA, TERMASUK MALAYSIA, BERHIMPUN DI THE HAGUE BINCANG PELANGGARAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA OLEH ISRAEL
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
THE HAGUE: Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Lapan negara lain yang menyertai persidangan itu ialah Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan.
Susulan mesyuarat itu, kumpulan berkenaan dijangka membentuk Kumpulan The Hague dan akan mengumumkan langkah-langkah undang-undang, ekonomi serta diplomatik yang terselaras bagi memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk tindakan berterusannya di Gaza.
Pengumuman itu akan dibuat dalam sidang media pada sebelah petang yang dianjurkan oleh Progressive International, sebuah organisasi politik antarabangsa.
“Kumpulan The Hague lahir daripada keperluan,” kata Penyelaras Bersama Progressive International, Varsha Gandikota-Nellutla dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (31 Jan).
“Dalam dunia di mana negara berkuasa bertindak sewenang-wenangnya, kita mesti bersatu mempertahankan prinsip keadilan, kesaksamaan dan hak asasi manusia,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa “pelanggaran undang-undang oleh Israel bukan sekadar pembunuhan beramai-ramai dan penindasan terhadap rakyat Palestin.
Mereka turut menyerang asas undang-undang antarabangsa yang menjadi tanggungjawab masyarakat dunia untuk mempertahankannya,” kata Anwar, yang lantang dan konsisten memperjuangkan hak rakyat Palestin.
Mesyuarat yang dianjurkan oleh Progressive International ini akan menghimpunkan wakil-wakil dari sembilan negara bagi meneroka tindakan bersama di peringkat nasional dan antarabangsa dalam menyokong undang-undang antarabangsa serta hak rakyat Palestin ketika krisis berterusan ini.
Perbincangan ini akan berlandaskan tindakan yang telah diambil oleh negara-negara berkenaan, termasuk keputusan Belize dan Bolivia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Chile pula telah merujuk situasi di Palestin kepada ICC pada Januari 2024 serta menarik balik duta negara itu dari Israel.
Colombia menggantung pembelian senjata dan eksport arang batu ke Israel serta memutuskan hubungan diplomatik.
Honduras pula secara konsisten mengutuk tindakan genosid terhadap rakyat Palestin, manakala Malaysia mengenakan larangan maritim terhadap kapal berkaitan Israel daripada berlabuh di pelabuhan negara ini dan tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.
Namibia pula telah menyekat sebuah kapal yang membawa penghantaran peralatan ketenteraan ke Israel serta mengutuk keputusan Jerman untuk menyokong Israel dalam kes genosid yang dibawa oleh Afrika Selatan , sambil mengimbau kembali sejarah Jerman dalam genosid di Namibia antara 1904 dan 1908.
Senegal, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Ousmane Sonko, komited untuk mengambil “tindakan lebih konkrit” dalam menyokong hak rakyat Palestin.
Afrika Selatan telah mengambil langkah bersejarah dengan mengemukakan kes terhadap Israel di ICJ atas pelanggaran Konvensyen Genosid, sekali gus mencipta satu duluan penting dalam undang-undang antarabangsa.
“Tindakan kami bukan bersifat hukuman, tetapi pencegahan – bertujuan memastikan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa dan melindungi golongan yang rentan,” kata Menteri Hubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan, Ronald Lamola, dalam kenyataan bersama itu.
“Pembentukan Kumpulan The Hague menandakan titik perubahan dalam tindak balas global terhadap sikap pengecualian serta kemerosotan meluas undang-undang antarabangsa. Ia menyampaikan mesej jelas: tiada negara boleh bertindak di luar batas undang-undang, dan tiada jenayah akan dibiarkan tanpa tindakan,” katanya lagi.
The Hague, yang dikenali sebagai Kota Keamanan dan Keadilan menjadi lokasi simbolik bagi mesyuarat bersejarah ini kerana menempatkan Istana Keamanan, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan ICC, melambangkan aspirasi masyarakat dunia untuk sebuah sistem yang diperintah oleh undang-undang dan bukannya kekerasan.
“Dunia tidak boleh hanya bersiap sedia dan melihat, apabila lebih 75 tahun lalu kita telah berikrar bahawa tidak akan ada lagi penderitaan akibat kekejaman di dunia,” kata Menteri Kehakiman Namibia, Yvonne Dausab.
“Kita tidak boleh dan tidak harus memilih bulu dalam melindungi nyawa, tidak kira siapa mangsanya. Semua nyawa penting, nyawa rakyat Palestin juga penting,” katanya.
Progressive International menyatakan bahawa mesyuarat hari ini dan jangkaan pengumuman langkah perundangan, ekonomi dan diplomatik terselaras itu hadir pada saat genting, ketika undang-undang antarabangsa menghadapi cabaran yang belum pernah dihadapi sebelum ini.
Pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel di Gaza – yang telah didokumentasikan oleh mahkamah antarabangsa dan dikutuk oleh masyarakat madani global – terus dibiarkan tanpa tindakan, didorong oleh sokongan diplomatik dan ketenteraan daripada sekutu-sekutunya yang berkuasa.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump yang mengenakan sekatan terhadap ICC, sekali gus melemahkan institusi yang ditubuhkan untuk menegakkan keadilan dan kebertanggungjawapan.
Melalui penyelarasan langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik, Kumpulan The Hague berhasrat untuk mengganggu sistem yang membolehkan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta memastikan pihak yang bersalah dipertanggungjawabkan, menurut kenyataan Progressive International.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked