Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Israel bina lebih 4,000 rumah pendatang Yahudi

DUNIA

Israel bina lebih 4,000 rumah pendatang Yahudi


Penempatan haram Psigat Ze’ev di timur Baitulmaqdis yang didiami lebih 50,000 pendatang Yahudi. – Foto Sinar Harian

TEL AVIV – Kerajaan Israel dijangka meluluskan pembinaan 4,500 unit rumah peneroka haram Yahudi di wilayah diduduki di Tebing Barat.

Menurut laporan Pihak Berkuasa Penyiaran Israel (IBA), kelulusan itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan selepas pilihan raya pada 9 April ini.

Kira-kira 650,000 pendatang Yahudi tinggal di lebih 100 penempatan haram di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis.

Penempatan Israel di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis dianggap haram berdasarkan undang-undang antarabangsa dan ditentang hebat penduduk Palestin. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading