Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL BOM DAMSYIK, EMPAT MAUT TERMASUK RAKYAT IRAN

DUNIA

ISRAEL BOM DAMSYIK, EMPAT MAUT TERMASUK RAKYAT IRAN

ANKARA: Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik, lapor agensi berita Anadolu.

Serangan bermula pada Khamis malam sehingga Jumaat.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London, memetik sumber tempatan, kejadian itu meragut nyawa tiga anggota rejim Syria, termasuk dua pegawai dan empat rakyat Iran.

Peluru berpandu Israel itu menyasarkan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Serangan dipercayai berlaku selepas pesawat kargo mendarat ke lokasi yang menjadi sasaran.Tidak dapat dipastikan “sama ada pesawat itu tiba dari Iran atau dari kawasan lain di wilayah Syria.”

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi oleh pegawai Israel berhubung serangan itu. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading