1,335 PELARIAN DI LUBNAN PULANG KE SYRIA

Last Updated on

SUMBER FOTO: XINHUANET

BEIRUT: Seramai 1,335 pelarian Syria dari beberapa kawasan di Lubnan pulang ke kampung halaman mereka semalam, demikian laporan berita tempatan

Xinhuanet melaporkan, kepulangan pelarian Syria itu dianjurkan Direktorat Keselamatan Awam menggunakan trak bagi mengangkut pelarian dan barang-barang mereka, menurut portal online Elnashra.

Lebih 950,000 pelarian Syria di Lubnan berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) walaupun anggaran kerajaan mencecah 1.5 juta pelarian.

PELARIAN SYRIA YANG DIHANTAR PULANG – SUMBER FOTO: XINHUANET

Pergerakan pelarian Syria ke Lubnan meninggalkan kesan terhadap ekonomi dan infrastruktur di Lubnan, mendorong pegawai-pegawai Lubnan untuk mendesak masyarakat antarabangsa menjamin kepulangan pelarian Syria. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply