Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

VAKSIN COVID-19 DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH 18 BULAN

DUNIA

VAKSIN COVID-19 DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH 18 BULAN

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa berkata vaksin pertama untuk COVID-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan, lapor agensi berita Xinhua.

Menerusi Twitternya beliau berkata “ada banyak yang boleh kita lakukan bagi mencegah penularan dan bersedia untuk mengawalnya daripada terus merebak.”

Terdahulu, pada taklimat akhbar beliau berkata “sekarang kita memerlukan pelaburan untuk menghentikan wabak COVID-19,” sambil menambah menghasilkan vaksin dan  terapeutik adalah agenda penting dalam penyelidikan.

“Kita bukan tidak berupaya untuk mempertahankan diri, kerana sekarang terdapat banyak dasar dan langkah pencegahan dalam kesihatan awam,” katanya.

“Jadi, kita perlu terus berusaha dengan menggunakan kelebihan yang ada bagi memerangi virus itu, sambil bersiap sedia untuk langkah jangka panjang,” tambahnya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading