Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

25 PERATUS PENDUDUK PALESTIN MENGANGGUR

DUNIA

25 PERATUS PENDUDUK PALESTIN MENGANGGUR

RAMALLAH: Kadar pengangguran di Palestin berada pada paras 25 peratus pada hujung 2019, iaitu sedikit peningkatan berbanding 2018, demikian lapor Xinhuanet memetik kaji selidik dikeluarkan semalam.

Menurut kaji selidik tenaga kerja yang diterbitkan Biro Statistik Pusat Palestin, kadar pengangguran di Gaza adalah 45 peratus berbanding 15 peratus di Tebing Barat, manakala kadar pengangguran bagi lelaki di Palestin adalah 21 peratus, berbanding 41 peratus bagi perempuan.

Menurut kaji selidik itu, umur pengangguran anak muda adalah di antara 19 dan 29 tahun bagi pemegang sijil diploma dan ke atas mencecah 52 peratus, dengan 68 peratus bagi perempuan dan 35 peratus bagi lelaki.

Majoriti majikan di pasaran tempatan adalah dalam sektor perkhidmatan, termasuk industri telekomunikasi, kesihatan dan pendidikan, kata laporan itu.

Kaji selidik itu juga menyatakan jumlah rakyat Palestin bekerja di Israel dan penempatan Israel adalah sekitar 133,000 orang pada 2019. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading