Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: ANGKA KEMATIAN CECAH 1,380 ORANG DI CHINA

DUNIA

COVID-19: ANGKA KEMATIAN CECAH 1,380 ORANG DI CHINA

BEIJING: Jumlah individu dijangkiti wabak penyakit COVID-19 di China meningkat kepada 63,851 orang dengan 1,380 pesakit meninggal dunia, demikian laporan agensi berita Sputnik memetik Suruhanjaya Kesihatan China pada Jumaat.

“Sehinga tengah malam 13 Februari, Suruhanjaya Kesihatan menerima maklumat mengenai 63,851 kes penyakit radang paru-paru berpunca daripada koronavirus jenis baharu di 31 wilayah, termasuk 55,748 orang kini menghidap penyakit itu.

“Seramai 10,204 orang berada dalam keadaan kritikal, 1,380 meninggal dunia dan 6,723 dibenar keluar hospital,” menurut kenyataan suruhanjaya kesihatan itu.

Suruhanjaya itu menjelaskan wujudnya statistik tidak konsisten sebelum ini berpunca daripada data Wilayah Hubei apabila 108 kematian telah dicatatkan dua kali.

COVID-19 – nama yang diberi untuk koronavirus jenis baharu – mula dikesan di Wuhan, wilayah Hubei pada Disember lalu dan sejak itu merebak ke lebih 25 negara.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global ekoran penularan wabak penyakit itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading