Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LETUSAN GUNUNG MERAPI, INDONESIA KELUARKAN AMARAN

DUNIA

LETUSAN GUNUNG MERAPI, INDONESIA KELUARKAN AMARAN

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran kepada pelancong dan penduduk supaya tidak berada berhampiran Gunung Merapi berikutan letusan yang berlaku pada Khamis pagi, lapor agensi berita Vietnam (VNA). 

Menurut Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Indonesia untuk Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi itu meletus selama dua minit, bermula 5.16 pagi (waktu tempatan). 

Ia memuntahkan abu sehingga 2,000 meter, yang boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan. 

Terletak di sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta, gunung berapi itu aktif sejak kebelakangan ini dengan letusan terakhir dilaporkan pada 4 Jan.

Walaupun letusan berlaku seketika, BPPTKG tetap meletakkan amaran pada tahap “waspada”.

Indonesia antara negara yang sering dilanda bencana letusan gunung berapi dan gempa bumi kerana terletak di “Lingkaran Api Pasifik”. Pada 2018, negara itu dilanda sebanyak 11,577 gempa bumi, yang mengorbankan banyak nyawa. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading