Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL “KINI SEDANG BERPERANG” – PERDANA MENTERI NETANYAHU

DUNIA

ISRAEL “KINI SEDANG BERPERANG” – PERDANA MENTERI NETANYAHU

“Kita berada dalam keadaan berperang, bukan operasi tentera. Hamas melancarkan serangan mematikan secara bertalu-talu terhadap Israel dan rakyatnya,”

Sumber Gambar: REUTERS

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Israel “kini sedang berperang” selepas serangan Hamas ke atas Israel dan penduduknya, lapor Agensi Anadolu.

“Kita berada dalam keadaan berperang, bukan operasi tentera. Hamas melancarkan serangan mematikan secara bertalu-talu terhadap Israel dan rakyatnya,” kata pemimpin Israel itu dalam satu kenyataan.

Netanyahu mengarahkan “pasukan Israel untuk membersihkan pusat bandar daripada pengganas” dan juga memerintahkan “rizab tentera digerakkan secara besar-besaran.”

“Musuh akan berdepan akibat yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Netanyahu.

Stesen Penyiaran Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Yoav Galant mengerah pasukan simpanan selepas mengumumkan persiapan untuk menghadapi situasi perang.

Israel telah mengisytiharkan “kesiapsiagaan” untuk perang selepas puak-puak Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan serangan roket ke atas Israel pada awal Sabtu, lapor Israel Broadcasting Authority.

Roket dilancarkan dari pelbagai lokasi di kawasan terkepung itu, tetapi sistem pertahanan Iron Dome Israel dapat memintas kebanyakan serangan, menurut wartawan AA.

Sekurang-kurangnya 20 orang Israel dilaporkan terbunuh manakala lebih 540 orang cedera setakat ini, menurut laporan media Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading