Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KETUA HAMAS ISYTIHAR PERMULAAN ‘OPERASI TENTERA’ TERHADAP ISRAEL

DUNIA

KETUA HAMAS ISYTIHAR PERMULAAN ‘OPERASI TENTERA’ TERHADAP ISRAEL

GAZA: Ketua tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan “operasi ketenteraan” terhadap Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Gambar – AFP

GAZA: Ketua tentera Hamas Mohammed Deif mengisytiharkan permulaan “operasi ketenteraan” terhadap Israel susulan serangan roket bertubi-tubi dari Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Matlamat Operasi Banjir Al-Aqsa adalah untuk menamatkan “pelanggaran” Israel, kata Deif dalam kenyataan rakaman ringkasnya awal Sabtu.

Seorang wanita terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam serangan roket besar-besaran dari Semenanjung Gaza yang bermula awal Sabtu.

Wanita berusia sekitar 60 tahun itu cedera parah berhampiran bandar Gedera, menurut perkhidmatan menyelamat Magen David Adom.

Serangan besar-besaran dari Semenanjung Gaza datang secara mengejut.

Situasi kembali memuncak, terutamanya di Tebing Barat yang diduduki. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top