Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LAKUKAN 57 PELANGGARAN, SERANGAN TERHADAP WARTAWAN PALESTIN PADA NOVEMBER 

DUNIA

ISRAEL LAKUKAN 57 PELANGGARAN, SERANGAN TERHADAP WARTAWAN PALESTIN PADA NOVEMBER 

Tentera dan peneroka haram Israel melakukan 57 pelanggaran serta serangan terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki pada November, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik  Palestinian Journalists Syndicate (PJS) pada Sabtu.

Sumber: ARKIB

ISTANBUL: Tentera dan peneroka haram Israel melakukan 57 pelanggaran serta serangan terhadap wartawan di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki pada November, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik  Palestinian Journalists Syndicate (PJS) pada Sabtu.

Menurut PJS, pelanggaran itu mencerminkan “peningkatan sistematik berterusan yang bertujuan menghalang kru media daripada melaksanakan tugas profesional mereka.”

Laporan bulanan daripada Jawatankuasa Kebebasan Akhbar organisasi itu berkata pelanggaran berkenaan merangkumi “pola berbahaya yang secara langsung menyasarkan kerja kewartawanan dan membahayakan nyawa wartawan.”

Menurut laporan itu, dua wartawan di Tulkarem dan Gaza cedera akibat tembakan peluru hidup dan peluru plastik ketika membuat liputan di lapangan.

Peneroka haram Israel memainkan peranan utama dalam serangan serius yang berlaku di pelbagai kawasan di Tebing Barat, menurut laporan itu. Mereka melakukan 22 serangan terhadap wartawan, termasuk menghalang liputan, mengejar wartawan, memukul dengan kayu, membaling batu dan mengacukan senjata.

Laporan itu turut mendokumentasikan 16 kes penahanan dan halangan terhadap tugas wartawan, enam kes serangan fizikal secara langsung, empat kes rampasan peralatan serta pemadaman bahan secara paksa, dan dua kes senjata diacukan secara langsung kepada wartawan.

Selain itu, dua kes pemusnahan dan rampasan kenderaan, bersama dengan penangkapan seorang wartawan, serbuan rumah dan seorang wartawan dibawa ke mahkamah.

Ketua Jawatankuasa Kebebasan Akhbar PJS Mohammed al-Lahham berkata angka itu “mencerminkan dasar jelas yang bertujuan membisukan wartawan Palestin.”

Beliau menggesa peningkatan tekanan antarabangsa terhadap Israel untuk menghentikan serangan harian dan menyediakan perlindungan antarabangsa kepada wartawan Palestin.

Sejak Oktober 2023, Israel telah membunuh lebih 70,000 orang – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – serta mencederakan hampir 171,000 yang lain di Gaza dalam serangan dua tahun yang terhenti di bawah perjanjian gencatan senjata pada 10 Okt.

Sekurang-kurangnya 1,088 rakyat Palestin turut maut dan 10,700 yang lain cedera dalam serangan oleh tentera dan peneroka haram Israel di wilayah diduduki sejak Oktober 2023. Lebih 20,500 orang turut ditahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading