LELAKI TERJATUH KETIKA PERIKSA BOT DITEMUKAN LEMAS
Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh ketika sedang memeriksa bot miliknya di Jeti Geliga Che Akob dekat Sungai Kemaman di Terengganu pada Jumaat lepas, ditemukan lemas hari ini.
CHUKAI: Seorang lelaki yang hilang selepas terjatuh ketika sedang memeriksa bot miliknya di Jeti Geliga Che Akob dekat Sungai Kemaman di sini pada Jumaat lepas, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata mayat Muhammad Anuar Syurkimie Mahmmod, 31, ditemukan terapung di Sungai Kemaman sejauh 500 meter dari lokasi kejadian pada 9.05 pagi tadi.
“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat setelah operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung semula pada 7 pagi.
“Operasi SAR hari ini menggunakan teknik pencarian di permukaan air melibatkan beberapa buah bot pada jarak radius satu kilometer dari tempat kejadian, menghala ke arah Kuala Kemaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menambah mayat mangsa kemudian dibawa ke pusat kawalan tempat kejadian bagi proses pengecaman ahli keluarga sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa dipercayai tergelincir di jeti tersebut ketika berlaku fenomena air pasang besar.
Bagaimanapun pihak bomba hanya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.26 petang semalam.
Sementara itu, ibu mangsa Norihan Mohd Noor, 58, berkata dia reda dengan pemergian anak sulungnya yang selama ini menjadi tulang belakang keluarga selepas kematian suaminya Mahmmod Ali pada 2021.
“Walaupun bekerja sebagai buruh sahaja tetapi anak saya itu tetap bertanggungjawab menanggung perbelanjaan keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini hari ini.
Katanya Muhammad Anuar Syurkimie juga sangat penyayang dan sentiasa mengambil berat terhadap empat adiknya yang berusia 21 hingga 28 tahun.
Beliau menambah kali terakhir mereka bertemu adalah selepas anaknya pulang daripada solat Jumaat dan dia meminta Muhammad Anuar Syurkimie menghantar barangan keperluan serta ubat ke rumah ibunya di Kampung Sungai Ular di sini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager