PDRM TERIMA RAKAMAN AUDIO BERKAITAN KES TEMBAKAN DURIAN TUNGGAL – KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekeping cakera padat (CD) berkaitan insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, yang diserahkan oleh ahli keluarga seorang daripada suspek terlibat, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekeping cakera padat (CD) berkaitan insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka, yang diserahkan oleh ahli keluarga seorang daripada suspek terlibat, semalam.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berkenaan berlaku.
Beliau berkata bagi memperkukuh siasatan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menubuhkan pasukan siasatan khas diketuai seorang pegawai kanan berpangkat Senior Assistant Commissioner (SAC) bagi mengambil alih dan mengendalikan siasatan ini secara menyeluruh di peringkat Bukit Aman, pada Rabu lepas.
“Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek siasatan diteliti secara teratur, profesional dan tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata PDRM komited menjalan siasatan secara menyeluruh, penuh integriti dan tidak berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan integriti siasatan sedang dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta tampil menyalurkannya melalui talian hotline 019-376 4763 bagi membantu usaha menjaga keselamatan serta ketenteraman awam.
Pada 24 Nov lepas, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan tiga penjenayah berusia 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas seorang daripada mereka melibas parang terhadap seorang anggota polis di sebuah ladang kelapa sawit di Durian Tunggal.
Kejadian pada 4.30 pagi itu menyebabkan anggota polis berpangkat koperal, berusia awal 30-an cedera parah pada lengan kiri.
Kesemua suspek daripada “Geng Durian Tunggal” itu dikesan dalam perjalanan untuk menyamun sebuah premis dan aktif melakukan jenayah sejak 2024, membabitkan 20 kes di Melaka serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor, dengan kerugian RM1.35 juta.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked