PROGRAM RANCAKKAN MADANI TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA – PM ANWAR
Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300,000 pengunjung dalam tiga hari penganjurannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300,000 pengunjung dalam tiga hari penganjurannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata program yang berlangsung sejak Jumaat lepas itu dilaksanakan bagi membolehkan rakyat menilai pencapaian Kerajaan MADANI selama tiga tahun ini, selain menikmati perkhidmatan kerajaan yang ada.
“Tahniah kepada rakyat yang menyantuni dan menjayakan program ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini hari ini.
Turut hadir kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Jemaah Menteri.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Perdana Menteri berkata sepanjang tiga tahun pentadbiran, Kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai ikhtiar, khusus bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat pelbagai kaum.
“Sebenarnya kalau kita kira 167 (ikhtiar baharu) tetapi kadang-kadang tidak sampai kepada khalayak. Yang sampai itu hanya sumpah dan maki hamun kerana dalam negara demokrasi dan bebas dengan media sosial, ruang itu (lebih banyak) digunakan untuk menghina daripada membina,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar menyeru penjawat awam untuk terus melipatgandakan usaha penyampaian maklumat agar setiap dasar dan inisiatif kerajaan difahami rakyat di peringkat akar umbi.
“Saya mohon dalam kalangan penjawat awam boleh sedikit berbeza pendapat tetapi tugas kita adalah menyampaikan apa yang dilakukan (kerajaan) dan menegur atau mencadangkan apa yang perlu ditambah,” katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji barisan Jemaah Menteri serta kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam yang membantu kerajaan pimpinannya merangka dasar untuk kesejahteraan rakyat.
“Ukuran kejayaan kita bukan saja pertumbuhan tetapi keselesaan kepada rakyat keseluruhannya. Saya ucapkan penghargaan kerana majoriti besar rakyat memilih untuk menjaga komuniti mereka dalam konteks negara.
“…menjaga negeri mereka dalam konteks negara Malaysia dan tidak melihatnya dari segi corong yang sempit yang akan mengundang perpecahan dan malapetaka,” katanya.
Program Rancakkan MADANI menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.
Program Rancakkan MADANI ialah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.