Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LAKUKAN GENOSID TERHADAP RAKYAT PALESTIN DI GAZA – PRESIDEN BRAZIL

DUNIA

ISRAEL LAKUKAN GENOSID TERHADAP RAKYAT PALESTIN DI GAZA – PRESIDEN BRAZIL

“Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak.”

Sumber Gambar: AFP

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Lula da Silva sekali lagi menegaskan bahawa Israel telah melakukan “genosid” terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bercakap pada satu acara di Rio de Janeiro semalam, Presiden da Silva berkata: “Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak.”

“Beribu-ribu kanak-kanak terbunuh, ribuan lagi hilang. Bukan tentera yang terbunuh, tetapi wanita dan kanak-kanak. Jika ini bukan dikatakan genosid, saya tidak tahu apa maksud sebenar genosid”.

Awal bulan ini, da Silva menyifatkan apa yang dilakukan rejim itu di Gaza sama seperti Holocaust Nazi semasa Perang Dunia II.

Bercakap kepada media di luar sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18 Feb, beliau berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan tetapi genosid. 

Beliau menyifatkan apa yang terjadi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Berikutan kenyataan itu, Brazil memanggil pulang dutanya ke Tel Aviv pada hari berikutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading