Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PM AJAK UMAT ISLAM TINGKATKAN IBADAT PADA MALAM NISFU SYAABAN

DALAM NEGARA

PM AJAK UMAT ISLAM TINGKATKAN IBADAT PADA MALAM NISFU SYAABAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh umat Islam bersama-sama mempertingkatkan amal ibadat serta memperkukuh elemen kerohanian dengan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam ini, yang merupakan malam Nisfu Syaaban.

“Ini juga menandakan semakin dekatnya kita dengan Ramadan Al-Mubarak. Persiapan kerohanian dan amalan yang istiqamah akan membantu kita menjalani tarbiyah Ramadan kelak dengan penuh keberkatan,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau hari ini.

Anwar turut menyarankan agar pada malam Nisfu Syaaban malam ini, umat Islam bermunajat dengan sepenuh hati dan mendoakan rakyat Palestin yang kini terus diserang tanpa belas kasihan diangkat martabat dan maruah mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Nisfu Syaaban, iaitu hari ke-15 atau pertengahan bulan Syaaban merupakan antara hari yang dimuliakan Allah dan umat Islam digalakkan melakukan pelbagai ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir, berselawat, beristighfar pada malamnya dan berpuasa pada siangnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading