ISRAEL LANCAR SERANGAN UDARA DI GAZA

Sumber Gambar: AFP

BAITULMAQDIS: Semenanjung Gaza kembali diserang Israel hari ini melalui serangan udara di dua kawasan.

Serangan tersebut merupakan tindak balas terhadap rakyat Gaza yang bertempur dengan tentera Israel di sempadan serta melepaskan belon api ke Selatan Israel.

“Jet tempur ‘Israel Defense Forces’ (IDF) menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan untuk pembuatan senjata dan latihan serta pintu masuk ke terowong pengganas yang bersebelahan dengan Jabalia.

“Serangan itu sebagai tindak balas terhadap Hamas selepas melancarkan belon api ke wilayah Israel dan rusuhan ganas yang berlaku semalam,” kata kenyataan tentera Israel.

Jumlah mangsa akibat serangan terbaharu Israel itu setakat ini belum dikenal pasti.—AlHijrah Online

Leave a Reply