Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMPIR 90 PERATUS DIVAKSIN, LEMBAH KLANG BAKAL BERALIH KE FASA 2

DALAM NEGARA

HAMPIR 90 PERATUS DIVAKSIN, LEMBAH KLANG BAKAL BERALIH KE FASA 2

KUALA LUMPUR: Lembah Klang bakal beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kadar populasi dewasa yang lengkap divaksinasi sudah mencapai 89.5 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang akan dipengerusikan olehnya.

“Kalau jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab daripada segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus.

“Jadi kita akan tengok secara terperinci nanti dan mungkin banyak negeri akan pindah ke fasa seterusnya, tunggulah pengumuman nanti,” katanya dalam sidang media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading