DISAHKAN KONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19, PM TIDAK HADIR ISTIADAT ANGKAT SUMPAH

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Yang Timbalan Menteri Persekutuan petang ini.
Istiadat tersebut dijadual berlangsung pada jam 2.30 petang ini di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
“Bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya,” kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. – AlHijrah Online