ISU DANA RM600 BILION: SAIFUDDIN AKAN DAPATKAN PANDANGAN KETUA POLIS NEGARA
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenaan isu dana RM600 bilion didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkenaan isu dana RM600 bilion didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.
Saifuddin Nasution berkata, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Ketua Polis Negara itu mengenai isu dibangkitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media Perdana Menteri itu semalam.
“Beliau (Anwar) juga ada membuat satu kenyataan umum pada semalam dan (Anwar berkata) akan serahkan (isu itu) kepada satu badan siasatan untuk meneliti perkara itu secara spesifik.
“Sudah tentu saya akan dapatkan pandangan daripada pihak badan siasatan berkaitan, kalau ia berkaitan PDRM (Polis Diraja Malaysia) ia dalam bidang kuasa kita, jika berkaitan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tentu mereka siasat,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata demikian pada sidang media selepas menerima sesi taklimat Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di Kompleks KDN, di sini, hari ini.
Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.
Semalam juga, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata beliau tidak takut untuk disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini.
Sementara itu, mengulas sama ada PDRM akan membuka kertas siasatan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan politik wang semasa Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini, beliau berkata ia akan disiasat jika mempunyai asas kukuh.
“Saya percaya tentang tahap profesionalisme pasukan polis, saya berikan sepenuh ruang dan kebebasan kepada Acryl dan pasukannya,” katanya.
Sebelum ini, pihak berkuasa digesa supaya menyiasat kenyataan Muhammad Sanusi berhubung penyokong parti Perikatan Nasional yang menuntut ganjaran kerana pulang mengundi.
Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh membuka ruang salah faham atau membangkitkan sentimen yang mengancam kehidupan harmoni dalam negara.
Terdahulu Saifuddin Nasution tiba dan mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas rasminya di kementerian itu pada 9.28 pagi sebelum diberi taklimat pengurusan KDN yang disampaikan oleh Wan Ahmad Dahlan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests